Blog

July 10, 2020

PERSEKOLAHAN SEMULA PELAJAR-PELAJAR TING 1,2,3 & 4

Bersempena pengumuman KPM mengenai pembukaan semula sekolah kepada semua pelajar Sekolah Menengah Harian, pihak Pentadbir, guru-guru dan PIBG SMK Sultanah Asma mengalu-alukan kehadiran semula semua murid tingkatan 1-4.

Diingatkan semua murid agar menjaga kesihatan diri dan sentiasa mematuhi SOP apabila berada di sekolah. SOP yang dimaksudkan ialah
i. menjaga penjarakan fizikal sesama murid dan guru,
ii. kerap membasuh tangan atau menggunakan hand sanitizer dan
iii. memakai pelitup muka apabila bergejala.

Berikut adalah TEMPAT menurunkan murid dan mengukur suhu badan murid;

PELAJAR TING 4&5,
Tempat Menurunkan Pelajar : Porch Sekolah
Tempat Mengukur Suhu :
Porch Sekolah

PELAJAR TING 1,2 & 3
Tempat Menurunkan Pelajar : Persimpangan Laluan ke Dewan Sultanah
Tempat Mengukur Suhu : Porch Dewan Sultanah

Mohon semua murid dan waris mematuhi laluan yang telah ditetapkan bagi mengelakkan kesesakan.

Harap maklum dan terima kasih.

Pengetua
SMK Sultanah Asma

PENGUMUMAN, Uncategorized
About admin