Blog

July 12, 2020

RINGKASAN PROSEDUR (S.O.P), GARIS PANDUAN PENGURUSAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TINGKATAN 1,2,3 & 4 (ASRAMA)

  1. Pendaftaran asrama pada :
    Tarikh : 14 JULAI 2020 (Selasa)
    Masa : Murid Tingkatan 1 & 2 (10.00 am – 12.00 pm)
    Murid Tingkatan 3 & 4 (1.00 pm – 3.00 pm)
    Tempat : Pejabat Asrama
  2. Waris hanya dibenarkan menurunkan murid di pondok jaga asrama. Waris tidak dibenarkan menghantar murid ke dalam kawasan asrama.
  3. Saringan kesihatan dilakukan semasa pendaftaran masuk ke asrama. Murid yg didapati mempunyai suhu badan 37.5°C dan keatas atau bergejala, tidak dibenarkan masuk ke asrama dan dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan, setelah sihat barulah kembali ke asrama.
  4. Pelajar dikehendaki menyediakan pen unruk mengisi borang saringan kesihatan sebelum dibenarkan masuk ke asrama.
  5. Penghuni asrama digalakkan membawa penutup muka untuk dipakai dan cecair sanitasi tangan.
  6. Penjarakan sosial dengan jarak 1 meter antara 1 sama lain perlu dipatuhi dan kebersihan diri perlu diamalkan setiap masa oleh penghuni asrama.
  7. Pelawat hanya dibenarkan berjumpa dengan murid untuk urusan kecemasan sahaja, dan perlu mendapat kebenaran drpd pengurusan asrama terlebih dahulu.
  8. Aktiviti ‘outing’ dan pulang bermalam tidak dibenarkan sehingga KPM mengeluarkan pemakluman lanjut.
  9. Servis penghantaran makanan dan servis e-hailing tidak dibenarkan.
  10. Sebarang perubahan garis panduan akan diumumkan oleh KPM melalui media rasmi kerajaan sahaja.
PENGUMUMAN
About admin