Pencapaian

PASUKAN CHORAL SPEAKING MUNCUL NAIB JOHAN KEBANGSAAN 2022

NAIB JOHAN PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA DAN CHORAL SPEAKING COMPETITION PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2022 πŸ“† 19 SEPTEMBER 2022 (ISNIN) ⏰ 9.00 PAGI HINGGA 3.30 PETANG π—¦π—˜π—–π—”π—₯𝗔 π—Ÿπ—”π—‘π—šπ—¦π—¨π—‘π—š π— π—˜π—‘π—˜π—₯π—¨π—¦π—œ https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/csbiber2022/ Facebook : https://www.facebook.com/206520238297492/posts/407495648199949 YouTube : https://www.youtube.com/watch?v=lbAACl03_rM ANJURAN:BAHAGIAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN (BSKK)KKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) 🌹TAHNIAH anak anak dan Cikgu Choral 🌹

PINGAT EMAS MILIK PASUKAN INOVASI ROBOTIK

Pasukan Inovasi Robotik SMKSA, AsmaBot sekali lagi berjaya dianugerahkan dengan pingat Emas dalam World Youth STEM Innovation Invention (WYSII 2022) dengan produk inovasi mereka, ASCAR, A Self Charge Autonomous Robot.

KEDAH JOHAN e-MIMBAR DAIE BAHASA MANDARIN KATEGORI PEREMPUAN PERINGKAT KEBANGSAAN

Kedah yang diwakili oleh pelajar dari SMK Sultanah Asma, Muizza Amelia Binti Mohamed Asraf telah berjaya menjadi Johan peringkat kebangsaan dalam acara eMimbar Daie Bahasa Mandarin Peringkat Kebangsaan. Tahniah dan syabas kepada Muizza dan guru pembimbing, Ustazah Nurul Huda atas kejayaan yang membanggakan.

PASUKAN BAHAS SAS JUARA DAERAH

Alhamdulillah, Pasukan Bahas SMKSA berjaya dinobatkan sebagai johan pertandingan Bahas Ala Parlimen Peringkat Daerah Kota Setar bagi tahun 2021. Tahniah diucapkan kepada pasukan Bahas dengan guru pembimbingnya Cikgu Harum Awang dan Cikgu Zulazri serta semua guru bidang bahasa.

PASUKAN PANTUN RANGKUL NAIB JUARA DAERAH

Alhamdulillah, tahun ini rezeki pasukan pantun SMK Sultanah Asma dinobatkan sebagai naib juara peringkat daerah Kota Setar. Moga menjadi pemangkin semangat untuk terus cemerlang pada tahun akan datang

TAHNIAH TEAM BM

SMK Sultanah Asma sekali lagi meraikan kejayaan di peringkat negeri. Kali ini, pasukan BM berjaya dinobatkan sebagai Naib Johan menulis esei menengah rendah. Tahniah 😍

TAHNIAH TEAM POETRY

Kedah Online English Language Co-academic Competition 2020. Congratulations, girls. Your hard work and efforts put in, paid off. Siti Faathimah Az Zahra Kamarulzaman 1st runner up (State Level) Poetry Recitation Comp Secondary School Seetha Valli ap Venkatachalam 2nd runner up Poetry Writing Comp. Upper Secondary Zarriz 5th Placing Poetry Writing Comp. Lower Secondary

PINGAT PERAK iCompEx 2020

Cubaan pertama SMK Sultanah Asma dalam iCompEx membuahkan hasil apabila pasukan inovasi sekolah berjaya membawa pulang pingat Perak dalam pertandingan tersebut. Tahniah buat team LipsQuito Pertandingan tersebut adalah satu acara tahunan yang dijalankan di peringkat kebangsaan yang merupakan anjuran Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS) Pasukan ini dipimpin oleh Puan Syahrul Azrin Binti Ghafar. […]

  • 1
  • 2