Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Selamat datang ke Website SMK Sultanah Asma. Tahniah dan syabas kepada jawatankuasa termasuk pihak  PIBG yang berjaya membangunkan laman web SMK Sultanah Asma.

Pembinaan laman web ini adalah sejajar dengan matlamat dalam Anjakan ke-7,Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di negara ini.

Pada zaman digital ini,semua pihak lebih teruja untuk belajar sesuatu yang baharu,lebih-lebih lagi yang membabitkan gajet dan aplikasi ICT.Sesungguhnya akses Internet yang disediakan melalui 1 Bestarinet, telah menjadi platform yang dapat menghubungkan warga SMK Sultanah Asma termasuk para guru ,ibu bapa,staf,puteri-puteri Asma dan komuniti sekitar.

Diharapkan,laman web SMK Sultanah Asma telah dapat berfungsi sebagai media pemberi maklumat yang berkesan dan cepat masa ini.Pelbagai maklumat berkenaan aktiviti dan pencapaian yang telah diterima oleh warga SMKSA dalam kurikulum,sahsiah dan kokurikulum di peringkat daerah,negeri,kebangsaan dan antarabangsa dapat diketahui melalui laman web ini.

Semoga  SMKSA  terus cemerlang sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) kohort pertama yang berprestij dan unggul.Semoga kejayaan SMKSA dapat dikongsi oleh semua pihak yang berkenaan.

 

Sekian, Terima kasih.

 

PUAN HJH SITI AMINAH BINTI HJ IBRAHIM

Pengetua Cemerlang,

SMK Sultanah Asma,

Alor Setar, Kedah Darul Aman

 

 

PENGETUA SMKSA

 

Pengetua Cemerlang

SMK Sultanah Asma

Puan Hjh Siti Aminah Binti

Hj Ibrahim

Selamat Datang

    
 
Go to top