Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma dahulunya dikenali sebagai Sekolah Perempuan Kampong Baru atau Kampong Baru Girls’ School. Sekolah ini merupakan sekolah Inggeris Perempuan yang pertama di Kedah dan telah dibuka pada bulan Mac 1922. Bangunan sekolah ini pada mulanya bukanlah sebuah sekolah tetapi sebuah istana milik Cik Sepachendera, Permaisuri pertama Almarhum Sultan Abdul Hamid, Sultan Kedah ke-21.

Pada tahun 1922, Kerajaan negeri Kedah telah membeli bangunan istana itu dengan tujuan menggunakan bangunan istana itu sebagai sebuah sekolah. Kampung Baru Girls’ School telah diasaskan oleh YTM Tunku Ibrahim (Tunku Sulung) Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid, Tun Syed Muhammad Idid, Tuan E.A.G Steward (Penguasa Pelajaran Kedah) dan Encik Ismail bin Puteh.

Sekolah ini pada mulanya dikhaskan untuk anak-anak perempuan kerabat di raja dan Pegawai Tinggi Kerajaan. Jumlah murid-murid pada mula sekolah ini dibuka ialah seramai tiga puluh orang. Pada tahun 1927, terdapat  2 orang guru dan 20 orang murid. Pada tahun 1934 sekolah ini dijadikan sekolah umum. Antara tahun 1938 hingga 1940 pula terdapat 2 orang guru dan 45 orang murid. Mulai tahun 1959 sekolah ini mempunyai dua aliran iaitu aliran Melayu dan aliran Inggeris. Murid-murid aliran Melayu berjumlah 450 orang dalam tahun 1963. Pada 12 Januari 1964, murid-murid aliran Melayu sekolah ini telah dipisahkan ke sekolah baru di Jalan Day, Alor Setar.

Pada asalnya sekolah baru itu dikenali sebagai Sekolah Melayu Perempuan dan kini dikenali pula sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma. Pada masa ini (2011) SMK Sultanah Asma mempunyai seramai 918 orang murid, 82 orang guru dan 20 orang staf sokongan.

 

Peletakan batu asas bangunan sekolah kini yang terletak di Jalan Langgar, Alor Setar, Kedah disempurnakan oleh Tunku Ampuan Asma Ibni Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, Sultanah Kedah. Pembinaan bangunan siap sepenuhnya pada tahun 1956. Bangunan ini dirasmikan oleh KDYMM Tuanku Badlishah Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah, Tuanku Sultan Kedah pada 21 Julai 1957.

 

 

 
 
Product Tour

PENGETUA SMKSA

 

Pengetua 

SMK Sultanah Asma 

Puan Zurina Abd. HAmid

Selamat Datang

Go to top