Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma merupakan sekolah bantuan Inggeris yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu dan tertua di negara ini. Tujuan asal penubuhan sekolah ini adalah untuk memberikan pendidikan kepada anak-anak perempuan kerabat di raja dan anak-anak perempuan Pegawai Tinggi Kerajaan. Mulai tahun 1945, barulah sekolah ini dibuka kepada umum dan mula mengambil pelajar dari pelbagai bangsa. Guru besar pertama sekolah ini ialah Cik M.C. Wadell. Cik Wadell mempunyai dua orang pembantu berbangsa Melayu iaitu Cik Rahmah dan Cik Intan.

Antara murid yang pertama menuntut di sekolah ini ialah Dr. Salmah, anak kepada YTM Tengku Yaacob, anak-anak perempuan Syed Muhammad Idid, YTM Tengku Lat dan YTM Tengku Habsah iaitu puteri kepada KDYMM Sultan Abdul Hamid. Pada tahun 1927 terdapat seramai dua orang guru dan 20 orang murid menuntut di sekolah ini.

 Sekolah ini telah diiktiraf sebagai Sekolah Premier Negeri Kedah Darul Aman oleh Jabatan Pelajaran Kedah mulai tahun 1998 dan dinaikkan statusnya sebagai Sekolah Elit Negeri Kedah pada tahun 2000. Pada tahun 2007, SMK Sultanah Asma diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Pada tahun 2010, sekolah ini diiktiraf pula sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) kohort pertama. Puan Pengetua SMK Sultanah Asma telah menerima Tawaran Baru (Bai’ah) daripada Menteri Pelajaran Malaysia pada tahun 2011, 2012 dan 2013. Sekolah ini terus unggul mencipta nama dalam semua bidang sama ada kurikulum atau kokurikulum di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Kini, SMK Sultanah Asma menjadi kebanggaan dan pilihan utama pelajar dan waris di negeri ini.

PENGETUA SMKSA

 

Pengetua 

SMK Sultanah Asma 

Puan Zurina Abd. HAmid

Selamat Datang

Position "left"

This is a sample module in position left. The whole position will be collapsed, if there are no modules published.

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Nunc varius nisl id lectus ultricies ut elementum nulla ornare. Nulla sed mi massa, at tincidunt felis.

Go to top