Sekali lagi LipsQuito berjaya mengharumkan nama sekolah apabila berjaya dianugerahkan pingat Emas dalam PERLIS INTERNATIONAL ENGINEERING INVENTION & INNOVATION EXHIBITION (Pi-ENVEX 2020). Pertandingan peringkat antarabangsa ini adalah anjuran UNIMAP.
Pertandingan kali ini terpaksa dijalankan secara online memandangkan keadaan negara yang sedang berada dalam perintah kawalan pergerakan. Alhamdulillah walaupun agak mencabar bagi para peserta untuk menyediakan bahan, kekuatan projek mampu memberikan hasil yang sangat membanggakan.
Pasukan dipimpin oleh Puan Syahrul Azrin dan disertai oleh 5 orang pelajar. AINUR SAFIYYA BINTI ZALIMI, NUR ADRIANA BATRISYIA BINTI MUHAMMAD FAIZAL, RESHEKA A/P MOHAN, SARAH NURATHIRAH BINTI AHMAD SHUHAIRI dan NUR HUSNIYAH BINTI MOHD NASRON