All posts by: admin

About admin

PASUKAN BAHAS SAS JUARA DAERAH

Alhamdulillah, Pasukan Bahas SMKSA berjaya dinobatkan sebagai johan pertandingan Bahas Ala Parlimen Peringkat Daerah Kota Setar bagi tahun 2021. Tahniah diucapkan kepada pasukan Bahas dengan guru pembimbingnya Cikgu Harum Awang dan Cikgu Zulazri serta semua guru bidang bahasa.

PASUKAN PANTUN RANGKUL NAIB JUARA DAERAH

Alhamdulillah, tahun ini rezeki pasukan pantun SMK Sultanah Asma dinobatkan sebagai naib juara peringkat daerah Kota Setar. Moga menjadi pemangkin semangat untuk terus cemerlang pada tahun akan datang

JADUAL PDPR (9.11.2020 hingga 6.12.2020)

JADUAL PDPR TINGKATAN 5Download JADUAL PDPR TINGKATAN 4Download JADUAL PDPR TINGKATAN 2Download JADUAL PDPR TINGKATAN 3Download JADUAL PDPR TINGKATAN 1Download SURAT SIARAN PELAKSANAAN PDPRDownload

TAHNIAH TEAM BM

SMK Sultanah Asma sekali lagi meraikan kejayaan di peringkat negeri. Kali ini, pasukan BM berjaya dinobatkan sebagai Naib Johan menulis esei menengah rendah. Tahniah 😍

TAHNIAH TEAM POETRY

Kedah Online English Language Co-academic Competition 2020. Congratulations, girls. Your hard work and efforts put in, paid off. Siti Faathimah Az Zahra Kamarulzaman 1st runner up (State Level) Poetry Recitation Comp Secondary School Seetha Valli ap Venkatachalam 2nd runner up Poetry Writing Comp. Upper Secondary Zarriz 5th Placing Poetry Writing Comp. Lower Secondary

Tahniah & Selamat Datang Puan Farihah Hussein

Selamat Datang Puan Pengetua, Puan Farihah Binti Hj Hussein ke SMK Sultanah Asma. Moga kehadiran puan mampu meneruskan kecemerlangan sekolah serta meletakkan Asma di mata dunia. Selamat menjadi warga Asma.. GAMBAR SEKITAR MAJLIS (Klik Sini)

PINGAT PERAK iCompEx 2020

Cubaan pertama SMK Sultanah Asma dalam iCompEx membuahkan hasil apabila pasukan inovasi sekolah berjaya membawa pulang pingat Perak dalam pertandingan tersebut. Tahniah buat team LipsQuito Pertandingan tersebut adalah satu acara tahunan yang dijalankan di peringkat kebangsaan yang merupakan anjuran Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS) Pasukan ini dipimpin oleh Puan Syahrul Azrin Binti Ghafar. […]

PERSEKOLAHAN SEMULA PELAJAR-PELAJAR TING 1,2,3 & 4

Bersempena pengumuman KPM mengenai pembukaan semula sekolah kepada semua pelajar Sekolah Menengah Harian, pihak Pentadbir, guru-guru dan PIBG SMK Sultanah Asma mengalu-alukan kehadiran semula semua murid tingkatan 1-4. Diingatkan semua murid agar menjaga kesihatan diri dan sentiasa mematuhi SOP apabila berada di sekolah. SOP yang dimaksudkan ialah i. menjaga penjarakan fizikal sesama murid dan guru, […]