
All posts by: admin


PENDAFTARAN TINGKATAN 1 SECARA PANDU LALU BERJALAN LANCAR
Pada hari ini, Sabtu (19.03.2022), proses pendaftaran pelajar Tingkatan 1 telah berjaya dilaksanakan dengan baik. Kerjasama semua waris dan pelajar yang baik telah membantu kelancaran proses pendaftaran yang dijalan secara pandu lalu. Seramai 109 pelajar telah berjaya mendaftar pada hari ini. Selamat Datang ke SMK Sultanah Asma. Moga menjadi penyambung legasi cemerlang Asma.

PANDU LALU PEMBELIAN BUKU KOPERASI TINGKATAN 3 2022/2023
Berikut dilampirkan jadual penjualan buku secara pandu lalu untuk pelajar Tingkatan 3 2022/2023. Pematuhan jadual oleh waris dan pelajar amat diharapkan bagi mengelakkan kesesakan. Terima kasih atas kerjasama semua

PANDU LALU PEMBELIAN BUKU KOPERASI TINGKATAN 2 2022/2023
Semua pelajar/waris diminta mematuhi waktu pembelian yang ditetapkan bagi mengelakkan kesesakan.

PEMULANGAN BUKU TEKS BAGI TINGKATAN 1, 2, 3 & 4 TAHUN 2021
**PERUBAHAN TERKINI (23/2/2022) PEMULANGAN BUKU TEKS BAGI TINGKATAN 1, 2, 3 & 4 TAHUN 2021 **Setiap kelas hendaklah mematuhi masa yang telah ditetapkan. **PAKAI PELITUP MUKA DAN PATUHI SOP** Peraturan : Pandu terus ke pagar belakang dan masuk ke kawasan ‘parking’ Murid perlu hadir bersama-sama waris. Semua buku perlu diikat. Tulis nama dan kelas di […]

MAJLIS BACAAN YAASIN DAN SOLAT HAJAT SEMPENA SPM 2021
Berikut merupakan video rakaman sepanjang majlis dilaksanakan

PASUKAN BAHAS SAS JUARA DAERAH
Alhamdulillah, Pasukan Bahas SMKSA berjaya dinobatkan sebagai johan pertandingan Bahas Ala Parlimen Peringkat Daerah Kota Setar bagi tahun 2021. Tahniah diucapkan kepada pasukan Bahas dengan guru pembimbingnya Cikgu Harum Awang dan Cikgu Zulazri serta semua guru bidang bahasa.
PASUKAN PANTUN RANGKUL NAIB JUARA DAERAH
Alhamdulillah, tahun ini rezeki pasukan pantun SMK Sultanah Asma dinobatkan sebagai naib juara peringkat daerah Kota Setar. Moga menjadi pemangkin semangat untuk terus cemerlang pada tahun akan datang
