Blog Left Sidebar

March 19, 2022

PENDAFTARAN TINGKATAN 1 SECARA PANDU LALU BERJALAN LANCAR

Pada hari ini, Sabtu (19.03.2022), proses pendaftaran pelajar Tingkatan 1 telah berjaya dilaksanakan dengan baik. Kerjasama semua waris dan pelajar yang baik telah membantu kelancaran proses pendaftaran yang dijalan secara pandu lalu. Seramai 109 pelajar telah berjaya mendaftar pada hari ini. Selamat Datang ke SMK Sultanah Asma. Moga menjadi penyambung legasi cemerlang Asma.

Hal Ehwal Murid, Terkini
August 11, 2022

KEDAH JOHAN e-MIMBAR DAIE BAHASA MANDARIN KATEGORI PEREMPUAN PERINGKAT KEBANGSAAN

Kedah yang diwakili oleh pelajar dari SMK Sultanah Asma, Muizza Amelia Binti Mohamed Asraf telah berjaya menjadi Johan peringkat kebangsaan dalam acara eMimbar Daie Bahasa Mandarin Peringkat Kebangsaan. Tahniah dan syabas kepada Muizza dan guru pembimbing, Ustazah Nurul Huda atas kejayaan yang membanggakan.

Kebangsaan, Kokurikulum, Pencapaian, Terkini
August 11, 2022

MAJLIS PERPISAHAN PN HJH FARIHAH, PENGETUA SMKSA

Tahniah diucapkan kepada Pn Hjh Farihah Bt Hussein atas pelantikan sebagai SIPartner+ di PPD Kota Setar. Bagi meraikan beliau, hari ni seluruh warga sekolah sama2 menjalankan Majlis Perpisahan buatnya. Didoakan moga Pn Farihah terus cemerlang di tenpat baru.

Terkini