
Blog Right Sidebar

PERINGATAN : KEM AKADEMIK DAN SAHSIAH TINGKATAN 4
Dimaklumkan kepada semua pelajar tingkatan 4 2019 bahawa Kem Akademik dan Sahsiah akan diadakan pada ketetapan berikut : TARIKH : 22 dan 23 Disember 2019 HARI : Ahad dan Isnin Keahadiran adalah diwajibkan

SAS Kekal Cemerlang dalam PT3
Alhamdulillah.. Dalam penyerahan pelaporan PT3 2019, sekali lagi SMK Sultanah Asma berjaya menunjukkan prestasi yang memberangsangkan. Keputusan mencatatkan seramai 21 orang pelajar berjaya mendapat A bagi semua matapelajaran. Diharapkan keputusan ini mampu memberikan semangat kepada para pelajar untuk terus berjaya dan guru-guru untuk terus berjuang membangunkan srikandi Malaysia.

KEM MOTIVASI KECERMERLANGAN AKADEMIK & SAHSIAH
Day 1: (22/12/2019) Kem Motivasi Kecemerlangan Akademik & Pemantapan Sahsiah Utk Pelajar SPM 2020… Semoga persediaan awal mental, fizikal & rohani akan membawa kejayaan yg luar biasa kepada calon SPM 2020… Gambar sekitar program boleh dilihat pada link berikut : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=770483583468585&id=100015208512181

MESYUARAT GURU PERTAMA TAHUN 2020
Tarikh : 29 Disember 2019 Masa : 8 pagi hingga 1 petang Tempat : The Jerai Hotel Alor Setar