Terkini

MAJLIS PERPISAHAN PN HJH FARIHAH, PENGETUA SMKSA

Tahniah diucapkan kepada Pn Hjh Farihah Bt Hussein atas pelantikan sebagai SIPartner+ di PPD Kota Setar. Bagi meraikan beliau, hari ni seluruh warga sekolah sama2 menjalankan Majlis Perpisahan buatnya. Didoakan moga Pn Farihah terus cemerlang di tenpat baru.

KEDAH JOHAN e-MIMBAR DAIE BAHASA MANDARIN KATEGORI PEREMPUAN PERINGKAT KEBANGSAAN

Kedah yang diwakili oleh pelajar dari SMK Sultanah Asma, Muizza Amelia Binti Mohamed Asraf telah berjaya menjadi Johan peringkat kebangsaan dalam acara eMimbar Daie Bahasa Mandarin Peringkat Kebangsaan. Tahniah dan syabas kepada Muizza dan guru pembimbing, Ustazah Nurul Huda atas kejayaan yang membanggakan.

PENDAFTARAN TINGKATAN 1 SECARA PANDU LALU BERJALAN LANCAR

Pada hari ini, Sabtu (19.03.2022), proses pendaftaran pelajar Tingkatan 1 telah berjaya dilaksanakan dengan baik. Kerjasama semua waris dan pelajar yang baik telah membantu kelancaran proses pendaftaran yang dijalan secara pandu lalu. Seramai 109 pelajar telah berjaya mendaftar pada hari ini. Selamat Datang ke SMK Sultanah Asma. Moga menjadi penyambung legasi cemerlang Asma.

PANDU LALU PEMBELIAN BUKU KOPERASI TINGKATAN 3 2022/2023

Berikut dilampirkan jadual penjualan buku secara pandu lalu untuk pelajar Tingkatan 3 2022/2023. Pematuhan jadual oleh waris dan pelajar amat diharapkan bagi mengelakkan kesesakan. Terima kasih atas kerjasama semua

PEMULANGAN BUKU TEKS BAGI TINGKATAN 1, 2, 3 & 4 TAHUN 2021

**PERUBAHAN TERKINI (23/2/2022) PEMULANGAN BUKU TEKS BAGI TINGKATAN 1, 2, 3 & 4 TAHUN 2021 **Setiap kelas hendaklah mematuhi masa  yang telah ditetapkan. **PAKAI PELITUP MUKA DAN PATUHI SOP** Peraturan : Pandu terus ke pagar belakang dan masuk ke kawasan ‘parking’ Murid perlu hadir bersama-sama waris. Semua buku perlu diikat. Tulis nama dan kelas di […]

PASUKAN BAHAS SAS JUARA DAERAH

Alhamdulillah, Pasukan Bahas SMKSA berjaya dinobatkan sebagai johan pertandingan Bahas Ala Parlimen Peringkat Daerah Kota Setar bagi tahun 2021. Tahniah diucapkan kepada pasukan Bahas dengan guru pembimbingnya Cikgu Harum Awang dan Cikgu Zulazri serta semua guru bidang bahasa.