Hal Ehwal Murid

Hal Ehwal Murid

CERAMAH MAULIDUL RASUL

Tarikh : 2 Oktober 2022 Hari : Ahad Masa : 3.00 – 5.00 Petang Tempat : Dewan Sultanah Penceramah: Syeikh Yusoff bin Haji Ahmad

PENDAFTARAN TINGKATAN 1 SECARA PANDU LALU BERJALAN LANCAR

Pada hari ini, Sabtu (19.03.2022), proses pendaftaran pelajar Tingkatan 1 telah berjaya dilaksanakan dengan baik. Kerjasama semua waris dan pelajar yang baik telah membantu kelancaran proses pendaftaran yang dijalan secara pandu lalu. Seramai 109 pelajar telah berjaya mendaftar pada hari ini. Selamat Datang ke SMK Sultanah Asma. Moga menjadi penyambung legasi cemerlang Asma.

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM BULAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN ANTI DADAH

Majlis perasmian peringkat sekolah dijalankan pada 01 Mac 2020 bertempat di Dewan Sultanah. Dengan bertemakan Kemakmuran Dan Kesejahteraan Bersama, majlis ini dirasmikan oleh Puan Zurina Abdul Hamid, Pengetua SMK Sultanah Asma.

WATIKAH PELANTIKAN PRS 2020

Majlis Watikah Pelantikan PRS Tahun 2020 Semoga PRS Smk Sultanah Asma dapat memikul tanggungjawab yg diberi

WATIKAH PELANTIKAN JEMAAH DISIPLIN PELAJAR 2020

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan kepada Jemaah Disiplin Pelajar SMK Sultanah Asma bagi tahun 2020 telah disempurnakan oleh Pegawai Perhubungan Sekolah PDRM dengan jayanya.

SELAMAT DATANG WARGA BARU ASMA

https://www.facebook.com/100000615252723/posts/2899641830066297/ Antara gambar sekitar taklimat kepada para waris

KEM MOTIVASI KECERMERLANGAN AKADEMIK & SAHSIAH

Day 1: (22/12/2019) Kem Motivasi Kecemerlangan Akademik & Pemantapan Sahsiah Utk Pelajar SPM 2020… Semoga persediaan awal mental, fizikal & rohani akan membawa kejayaan yg luar biasa kepada calon SPM 2020… Gambar sekitar program boleh dilihat pada link berikut : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=770483583468585&id=100015208512181