Terkini

PENDAFTARAN TINGKATAN 1 SECARA PANDU LALU BERJALAN LANCAR

Pada hari ini, Sabtu (19.03.2022), proses pendaftaran pelajar Tingkatan 1 telah berjaya dilaksanakan dengan baik. Kerjasama semua waris dan pelajar yang baik telah membantu kelancaran proses pendaftaran yang dijalan secara pandu lalu. Seramai 109 pelajar telah berjaya mendaftar pada hari ini. Selamat Datang ke SMK Sultanah Asma. Moga menjadi penyambung legasi cemerlang Asma.

PANDU LALU PEMBELIAN BUKU KOPERASI TINGKATAN 3 2022/2023

Berikut dilampirkan jadual penjualan buku secara pandu lalu untuk pelajar Tingkatan 3 2022/2023. Pematuhan jadual oleh waris dan pelajar amat diharapkan bagi mengelakkan kesesakan. Terima kasih atas kerjasama semua

PEMULANGAN BUKU TEKS BAGI TINGKATAN 1, 2, 3 & 4 TAHUN 2021

**PERUBAHAN TERKINI (23/2/2022) PEMULANGAN BUKU TEKS BAGI TINGKATAN 1, 2, 3 & 4 TAHUN 2021 **Setiap kelas hendaklah mematuhi masa  yang telah ditetapkan. **PAKAI PELITUP MUKA DAN PATUHI SOP** Peraturan : Pandu terus ke pagar belakang dan masuk ke kawasan β€˜parking’ Murid perlu hadir bersama-sama waris. Semua buku perlu diikat. Tulis nama dan kelas di […]

PASUKAN BAHAS SAS JUARA DAERAH

Alhamdulillah, Pasukan Bahas SMKSA berjaya dinobatkan sebagai johan pertandingan Bahas Ala Parlimen Peringkat Daerah Kota Setar bagi tahun 2021. Tahniah diucapkan kepada pasukan Bahas dengan guru pembimbingnya Cikgu Harum Awang dan Cikgu Zulazri serta semua guru bidang bahasa.

PASUKAN PANTUN RANGKUL NAIB JUARA DAERAH

Alhamdulillah, tahun ini rezeki pasukan pantun SMK Sultanah Asma dinobatkan sebagai naib juara peringkat daerah Kota Setar. Moga menjadi pemangkin semangat untuk terus cemerlang pada tahun akan datang

JADUAL PDPR (9.11.2020 hingga 6.12.2020)

JADUAL PDPR TINGKATAN 5Download JADUAL PDPR TINGKATAN 4Download JADUAL PDPR TINGKATAN 2Download JADUAL PDPR TINGKATAN 3Download JADUAL PDPR TINGKATAN 1Download SURAT SIARAN PELAKSANAAN PDPRDownload

TAHNIAH TEAM BM

SMK Sultanah Asma sekali lagi meraikan kejayaan di peringkat negeri. Kali ini, pasukan BM berjaya dinobatkan sebagai Naib Johan menulis esei menengah rendah. Tahniah 😍