Terkini

SAS Kekal Cemerlang dalam PT3

Alhamdulillah.. Dalam penyerahan pelaporan PT3 2019, sekali lagi SMK Sultanah Asma berjaya menunjukkan prestasi yang memberangsangkan. Keputusan mencatatkan seramai 21 orang pelajar berjaya mendapat A bagi semua matapelajaran. Diharapkan keputusan ini mampu memberikan semangat kepada para pelajar untuk terus berjaya dan guru-guru untuk terus berjuang membangunkan srikandi Malaysia.

SAS JUARA ZON UTARA

Alhamdulillah.. SMKSA muncul Juara Zon Utara dalam Energy Efficiency Challenge 2019 anjuran Suruhanjaya Tenaga. Sepanjang program ini dilaksanakan di sekolah, SMKSA telah berjaya menurunkan sebanyak 6% penggunaan elektrik berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas.