Daerah

PASUKAN BAHAS SAS JUARA DAERAH
Alhamdulillah, Pasukan Bahas SMKSA berjaya dinobatkan sebagai johan pertandingan Bahas Ala Parlimen Peringkat Daerah Kota Setar bagi tahun 2021. Tahniah diucapkan kepada pasukan Bahas dengan guru pembimbingnya Cikgu Harum Awang dan Cikgu Zulazri serta semua guru bidang bahasa.
PASUKAN PANTUN RANGKUL NAIB JUARA DAERAH
Alhamdulillah, tahun ini rezeki pasukan pantun SMK Sultanah Asma dinobatkan sebagai naib juara peringkat daerah Kota Setar. Moga menjadi pemangkin semangat untuk terus cemerlang pada tahun akan datang

PASUKAN OLAHRAGA BAWA PULANG 7 EMAS
SMKSA sekali lagi mengukir kejayaan di awal tahun 2020 setelah berjaya mendapat tempat Ketiga dalam Kejohanan Olahraga MSSD. Pasukan olahraga sekolah telah berjaya mendapat 7 emas, 4 perak dan 3 gangsa dalam kejohanan tersebut. Dalam pada itu, 3 atlit telah berjaya dipilih untuk mewakili daerah ke Kejohanan peringkat negeri nanti. Tahniah dan syabas kepada semua […]

TAHNIAH PASUKAN BOLA JARING SAS
Alhamdulillah, pasukan bola jaring SAS memulakan langkah bergaya untuk tahun 2020 dengan menempatkan pasukan di tempat kedua peringkat daerah. Sehubungan dengan itu, 4 pemain pasukan kita telah dipilih untuk mewakili daerah Kota Setar dalam kejohanan MSSK akan datang. Tahniah buat semua para pemain dan guru serta jurulatih yang bertungkus lumus untuk kejayaan ini.

SAS Mengungguli Kejohanan Merentas Desa MSSD 2020
Tahniah kepada pelajar SMKSA yg telah mewakili sekolah dalam Kejohanan Merentasi Desa MSSD. Pasukan kita telah berjaya mengungguli acara dengan pencapaian berikut: Bawah 15P Tempat : 1, 4, 8,9,10 Bawah 18PTempat : 1, 9,11,12, 19